Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan Edaran Bubur Lambuk dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan PKD KULIM (KESUKEB).
Program ini diadakan sebagai inisiatif mengimarahkan Ramadan melalui aktiviti gotong-royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk kepada warga kerja serta komuniti sekitar. Selain menyemarakkan semangat kebersamaan, program ini adalah bagi menyantuni para pesakit golongan asnaf di kawasan Kulim.
Semoga usaha kecil ini dapat menyebarkan kegembiraan dan keberkatan Ramadan kepada semua.
𝑹𝒆𝒛𝒆𝒌𝒊 𝑫𝒊𝒌𝒐𝒏𝒈𝒔𝒊, 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏 𝑫𝒊𝒉𝒂𝒚𝒂𝒕𝒊.







