𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐅𝐢𝐭𝐄𝐑 (𝐈 𝐅𝐢𝐭 & 𝐄𝐚𝐭 𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭) 𝐊𝐓𝐏𝐂

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐅𝐢𝐭𝐄𝐑 (𝐈 𝐅𝐢𝐭 & 𝐄𝐚𝐭 𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭) 𝐊𝐓𝐏𝐂

𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
Program IFitER KTPC dengan kerjasama Wellness Hub Kulim telah berlangsung dari 26 Mei hingga 25 November 2025 melibatkan seramai 28 orang kakitangan KTPC. Sepanjang tempoh 6 bulan, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti merangkumi saringan kesihatan, analisis komposisi tubuh, latihan kekuatan, senaman aerobik serta latihan luar, selaras dengan objektif meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan warga kerja.
Antara pencapaian membanggakan hasil Program IFitER siri ini:
▪️3 peserta berjaya menurunkan 5% berat badan daripada berat asal
▪️15 daripada 28 peserta berjaya menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 1 kg
▪️Majoriti peserta menunjukkan peningkatan dari segi tahap kecergasan dan komposisi tubuh
Bagi meraikan semua peserta, satu majlis penutup telah diadakan yang dirasmikan oleh En. Mustaffa Said, Ketua Pegawai Pelaburan KTPC. Dalam ucapan perasmian, beliau merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen serta disiplin yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Dr. YBrs Dr Liyanatul Najwa Binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim.
Top 8 Pemenang IFitER Siri 3/2025:
🥇Abdul Basit Mohd Nadzri – Penurunan 7.4 kg (10%)
🥈Nur Atiqah Zaini – Penurunan 5.8 kg (7.5%)
🥉Ts Ibrahim Ahmad – Penurunan 5.6 kg (6.2%)
▪️Rosemayatee Osthman – Penurunan 4.9 kg (6.1%)
▪️Mohd Syahizan Mohd Sanusi – Penurunan 4.5 kg (5.4%)
▪️Nur Dalilah Da Halib – Penurunan 4.2 kg (3.7%)
▪️Ahmad Aidil Aiman Abd. Rahman – Penurunan 2.3 kg (2.4%)
▪️Isrozaini Ishak – Penurunan 2.8 kg (2.1%)
KTPC akan terus menyokong dan memperkasa pelaksanaan program seumpama ini sebagai usaha berterusan membudayakan gaya hidup sihat, seimbang dan persekitaran kerja yang positif.
Tahniah kepada pemenang dan semua pejuang IFitER!