๐๐๐ฌ๐ญ๐ ๐จ๐ ๐๐จ๐ ๐๐ญ๐ก๐๐ซ๐ง๐๐ฌ๐ฌ: ๐๐จ๐ง๐ง๐๐๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐ง๐ญ ๐๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ
Telah berlangsung majlis jamuan minum petang โTaste of Togetherness: Connecting KHTP Tenant Communityโ, anjuran Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dengan kerjasama Kulim Industrial Tenants Association (KITA), yang dihadiri lebih 150 orang tetamu dalam suasana santai namun penuh bermakna, sempena menyambut Tahun Baharu 2026.
Majlis ini bukan sahaja menjadi medium dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama, malah turut diisi dengan sesi perkongsian dan interaksi dua hala berkaitan pencapaian serta aktiviti yang dijalankan antara warga industri, pelabur, agensi kerajaan dan komuniti Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Perkongsian ini membuka ruang kepada pertukaran idea serta pandangan konstruktif ke arah pembangunan ekosistem industri yang lebih mampan dan progresif.
KTPC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Semoga penganjuran majlis ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif dan aktiviti bersama sebagai satu komuniti KHTP pada masa mendatang.
Related Posts


















