𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐓𝐏𝐂

Majlis Amanat Tahun Baru 2026 Kumpulan KTPC telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan seramai 218 warga kerja Syarikat Kumpulan KTPC di Ballroom, Kulim Golf Club. Majlis ini merupakan platform penting dalam menyatukan hala tuju organisasi serta menyemarakkan semangat warga kerja bagi mendepani cabaran tahun baharu.

Selari dengan landskap semasa teknologi masa kini, majlis tahun ini menampilkan pendekatan progresif apabila dikendalikan sepenuhnya oleh pengacara berasaskan Kecerdasan Buatan (AI). Inisiatif ini mencerminkan kesediaan syarikat Kumpulan KTPC seiring perubahan, sejajar dengan aspirasi sebagai peneraju ekosistem perindustrian berteknologi tinggi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Sorotan utama majlis adalah penyampaian Amanat Tahun Baru 2026 oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC. Amanat tersebut menggariskan hala tuju strategik Kumpulan bagi tahun 2026, termasuk sasaran kewangan, pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi serta penekanan terhadap sinergi antara syarikat dan sokongan berterusan dalam kalangan warga kerja Syarikat Kumpulan KTPC.
Diharapkan amanat serta perkongsian strategik yang disampaikan dapat menjadi pemangkin motivasi kepada seluruh warga kerja dalam mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan organisasi.
Tahniah diucapkan atas pencapaian Kumpulan KTPC sepanjang tahun 2025. Ayuh kita melangkah bersama, “𝐌𝐞𝐧𝐮𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧” yang lebih gemilang pada tahun 2026!