Aduan Maklumat

POLISI PENDEDAHAN MAKLUMAT

Prinsip Kami

KTPC komited kepada standard integriti yang tinggi, tadbir urus yang baik dan ketelusan perniagaan dan operasinya. Oleh itu, dasar pendedahan maklumat telah diwujudkan untuk menyediakan ruang kepada pemberi maklumat untuk mendedahkan sebarang dakwaan salah laku yang dilakukan atau akan dilakukan dalam KTPC.

Maklumat yang diperlukan

Pemberi maklumat dinasihatkan untuk memberikan butiran yang mencukupi termasuk yang berikut:

  • Penerangan mengenai Kelakuan Tidak Wajar dan orang/pihak yang terlibat
  • Latar belakang kejadian, termasuk tarikh dan lokasi kejadian yang berkaitan
  • Bagaimana Kelakuan Tidak Wajar itu dikesan
  • Butiran atau pengeluaran bukti dokumen dan saksi, jika ada
  • Maklumat pemberi maklumat iaitu nama dan nombor telefon (maklumat peribadi ini akan dirahsiakan). Namun, maklum balas tanpa nama juga dibenarkan.

Jenis kesalahan

Sebarang kelakuan tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • Penyalahgunaan kuasa
  • Konflik kepentingan
  • Pemalsuan, kecurian dan penyelewengan
  • Penyalahgunaan aset syarikat
  • Ketidakpatuhan kepada dasar dan prosedur
  • Kesalahan jenayah, perbuatan menyalahi undang-undang, penipuan, korupsi, rasuah dan pemerasan
  • Kegagalan untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau peraturan
  • Perbuatan yang menimbulkan bahaya besar dan khusus kepada nyawa, kesihatan atau keselamatan pekerja, orang awam atau alam sekitar
  • Amalan kerja yang tidak selamat atau pembaziran besar sumber syarikat
  • Menyembunyikan mana-mana perkara di atas

POLISI PENDEDAHAN MAKLUMAT

Perlindungan Pemberi Maklumat

KTPC komited untuk menyediakan perlindungan pemberi maklumat seperti yang digariskan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dengan syarat aduan dibuat dengan niat baik.

Saluran Aduan Kami

Integrity & Internal Audit Department

Suite 3.01 – 3.02, 3rd Floor, KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park, P.O. Box 60, 09090 Kulim, Kedah Darul Aman.

04 403 2420 (Ext: 137/147)