Kerjaya di KHTP

Kerjaya

Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) ialah sebuah syarikat sendirian berhad milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang terletak di Kulim, Kedah di dalam Koridor Ekonomi Utara.

KTPC bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengurusan Kulim Hi-Tech Park (KHTP), sebuah projek nasional yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.

Sebagai taman berteknologi tinggi bersepadu sepenuhnya dengan slogan ‘Bandar Sains Global Terkemuka’, KHTP menyasarkan untuk menerajui usaha Malaysia ke dalam ekonomi perindustrian yang lebih teguh yang memfokuskan pada pembuatan berteknologi tinggi, teknologi termaju dan aktiviti R&D.

Jawatan Kosong

Sertai kami untuk kemajuan dan kejayaan yang terbaik. KHTP berusaha untuk melatih individu berbakat dan bermotivasi yang mencari peluang kerjaya yang mencabar.

 

Program Internship

Kami menyediakan Program Internship yang memberi peluang baik untuk anda menimba pengalaman praktikal.

Mulakan pembelajaran dalam persekitaran yang kondusif dan pantas.

Sila email kami di: hr@khtp.com.my