|  home  |  sitemap  |  contact  |  intranet  |
NEWS HIGHLIGHTS
KTPC labur RM60 juta fasa ketiga Saturday, April 15, 2006
KULIM 9 April - Kulim Technology Park Corporation Bhd. (KTPC) akan membelanjakan RM60 juta bagi membuka fasa ketiga taman teknologi tinggi itu menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, Datuk Ahmad Shukri Tajuddin berkata, projek itu melibatkan kawasan seluas 172 hektar khusus untuk menempatkan syarikat yang menggunakan teknologi tinggi.

'Pembesaran ini adalah sebagai persediaan bagi menampung permintaan yang sedang meningkat,' katanya dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Pada masa ini terdapat 33 syarikat multinasional yang khusus dalam bidang teknologi tinggi dengan pelaburan berjumlah RM21 bilion sejak KTPC dibuka pada tahun 1996.

Menurut Ahmad Shukri projek itu dijangka siap dalam masa setahun dan setiap lot bersaiz antara dua hektar hingga 20 hektar tetapi hanya sebanyak 140 hektar yang dapat dijual atau disewakan.

Sokongan

KTPC ialah syarikat milik penuh kerajaan Kedah di bawah badan pelaburannya, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), yang merupakan pemaju dan pengurus taman teknologi tinggi itu.

Selain itu KTPC menggalakkan penglibatan syarikat atau usahawan tempatan yang berpotensi dan berdaya maju menceburi bidang teknologi tinggi sebagai sokongan kepada syarikat multinasional di taman teknologi itu.

'Ini bermakna kita galakkan syarikat tempatan menceburi bidang teknologi, tapi bukan syarikat buat plastik.

'Sekurang-kurangnya syarikat itu mempunyai teknologi yang boleh dipertingkat sebelum dapat dilantik menjadi vendor,' katanya.

Ahmad Shukri berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada KTPC untuk membuka satu kawasan seluas 12 hektar berhampiran fasa dua bagi tujuan itu.

Projek ini dimulakan dua bulan lepas dan dijangka siap September tahun depan dengan lot bersaiz antara 0.6 hektar hingga 1.2 hektar dan sebahagiannya disediakan bangunan yang telah siap berkeluasan 5,000 kaki persegi.

Pada masa ini terdapat 15 syarikat yang menjadi vendor kepada syarikat multi-nasional di KTPC tetapi beroperasi di Prai, Seberang Jaya dan Pulau Pinang, katanya.

Beliau menambah, Kementerian Pembangunan Usahawan menyediakan peruntukan khas bagi Program Pembangunan Usahawan bersama KTPC bertujuan melahirkan vendor bumiputra dalam bidang berteknologi tinggi tercapai.

'Kita akan gunakan peruntukan ini dan segala kemudahan KTPC seperti makmal di pusat teknologi seperti pusat robotik, laser dan sebagainya untuk membantu mereka,' jelasnya.

Sumber - Bernama
 
OTHER NEWS
Malaysian Multimedia University students to gain tech understanding
Innobiz 2010-2012 Launched
Press Release by Silterra
18 Mar 2010, StarBiz, Foreign Companies Continue to Show Interest in KHTP
LMA - First Medical Products Manufacturer in KHTP
see news archive ›